Wednesday 5 February 2020

Apakah Komponen Sistem Pangkalan Data?

Komponen Sistem Pangkalan Data
- Terdiri daripada lima komponen

  Rajah Komponen Sistem Pangkalan Data
Aspek
Penerangan
Perisian

- Rujuk kepada koleksi program yang digunakan oleh sebuah computer dalam sesuatu system pangkalan data.
- Program tersebut membenarkan komputer menjalankan arahan berdasarkan pemprosesan maklumat.

Perkakasan

- Perkakasan boleh ditakfirkan peralatan computer yang digunakan untuk menjalankan input, pemprosesan dan pengeluaran fungsi
- Sumber perkakasan termasuklah semua media di mana data direkod.
- Termasuklah perkakasan fizikal yang mengawal input dan pengeluaran proses seperti printer, tetikus, papan kekunci dan sebagainya.

Data

- Data merupakan component utama yang terdiri daripada data mentah yang disimpan dalam system fail.
- Data tepat di sistem maklumat akan bantu membuat keputusan yang betul.

Pengguna

- Rujuk kepada semua pengguna sistem pangkalan data.
- Biasanya, pengguna terlibat ialah kakitangan sistem maklumat dan pengguna akhir.

Prosedur

- Rujuk kepada peraturan dan arahan yang mengawal reka bentuk dan penggunaan sesuatu sistem pangkalan data.
- Prosedur boleh dijadikan penunjuk di manual pengguna.


For English Version,
- What are the components of Database System? 

Kalau mempunyai apa2 masalah dan soalan, boleh komen dekat bawah!
Jangan lupa follow saya dan share! Terima Kasih!

No comments:

Post a Comment

欢迎留言你的意见与看法!
If got any questions, please leave your comments below