Permainan tradisional
Kepentingan Permainan Tradisional
A) Warisan budaya generasi muda
- Warisan nenek moyang kita yang melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa
- Sekiranya permainan tradisional ini tidak dipertahankan sudah tentu generasi muda tidak mengenali budaya warisan mereka
- Generasi muda sudah tentu tidak akan mengenali permainan congkak, sepak raga, wau dan sebagainya
B) Lambang identiti sesebuah negara
- Permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi
- Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai.
- Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan permaian tradisional yang beraneka corak
- Mereka juga berkongsi idea dan pendapat tentang permaian tradisional mereka
- Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni dalam masyarakat
C) Menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan
- Pada kebiasaannya, pelancong luar yang datang ke negara kita ingin melihat keunikan budaya warisan yang terdapat di Malaysia
- Sebagai contoh, permainan wau ataupun layang-layang yang kini telah mendapat tempat di persada antarabangsa
- Permainan tradisional ini dapat menarik pelancong asing dan berlakunya aliran masuk mata wang asing ke dalam negara.
Sebab Permainan Tradisional Dipinggirkan
A) Perkembangan permainan elektronik
- Pengaruh besar yang dibawa oleh pelbagai permainan elektronik yang moden dan sofistikated
- Permainan komputer, permainan video, mesin kawalan jauh, permainan robot, dan seumpamanya
- Permainan elektronik yang lebih menarik berbanding permainan tradisional telah mengehadkan perkembangan permainan tradisional
B) Kepelbagaian sukan dan permainan moden
- Sukan yang berbagai-bagai seperti bola sepak, bola keranjang, sepak takraw dan sebagainya telah menjadi aktiviti rekreasi harian generasi muda
- Permainan moden seperti aplikasi permainan di internet lebih menarik berbanding permaian tradisional
- Hal ini telah mengurangkan generasi muda bermain permainan tradisional
C) Kurang galakkan ibu bapa
- Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam usaha untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya anak-anak
- Ibu bapa kini jarang menggalakkan anak-anak mereka yang sedang meningkat dewasa untuk bermain permainan tradisional
- Mereka juga jarang membawa anak-anak ke tempat rekreasi untuk bermain dengan permainan tradisional.
- Anak-anak tidak mempunyai peluang untuk mengenali permainan tradisional dan cara- cara bermain mereka
D) Penekaan permainan tradisional dalam kokurikulum tidak konsisten
- Penekaan permainan tradisional dalam kokurikulum yang tidak konsisten akan menyebabkan generasi muda tidak sedar dengan kepentingan permainan tradisional
- Pihak sekolah tidak menganjurkan kelab permainan tradisional untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada murid-murid
- Pihak sekolah tidak menekankan permainan tradisional sebagai kokurikulum yang wajib
- Murid-murid tidak mengenali permainan tradisional dan menganggap permainan tradisional tidak penting untuk mereka
Usaha Membangunkan Permainan Tradisional
A) Membudayakan permainan tradisional
- Pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan boleh mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri atau kebangsaan serta memberi sijil penghargaan kepada sesiapa yang menyertainya
- Hal ini dapat menarik perhatian para pelajar sekolah untuk menyertai pesta tersebut kerana dengan ganjaran sijil penghargaan yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam melanjutkan pelajaran
- Langkah ini berupaya untuk mencungkil bakat-bakat baru dan pada masa yang sama menggalakkan remaja meminati permainan ini.
- Dengan memperluas permainan tradisional hingga ke peringkat angtarabangsa seperti permainan wau dan permainan sepak raga juga membantu dalam mengekalkan kewujudan permainan tradisional
B) Menginstitusikan permainan tradisional
- Pihak kerajaan boleh memajukan permainan tradisional dengan turut menyediakan jurulatih yang terlatih dan mahir di setiap institusi yang ditubuhkan
- Dengan adanya institusi, telah memastikan masyarakat menerima latihan yang betul tentang sesuatu permainan tradisional itu dan berupaya mengajarkan pengetahuan mereka itu kepada anak-anak mereka pula
- Langkah ini memastikan berlakunya kesinambungan dalam memainkan permainan tradisional yang semakin dilupakan kerana tiadanya tunjuk ajar yang tepat tentang permainan tersebut
C) Silibus penting dalam pendidikan kokurikulum
- Pihak kerajaan perlu menjadikan permainan tradisional sebagai silibus penting dalam pendidikan kokurikulum
- Tindakan ini memastikan pelajar kita terdedah dengan jenis-jenis permainan tradisiona sejak muda lagi dan memahami kepentingan mengekalkan permainan ini.
- Kesedaran yang dipupuk sejak awal in mampu memberi impak yang mendalam dalam jiwa seseorang pelajar sehinggalah mereka memasuki alam dewasa.
Harap dapat bantu adik-adik form six dalam menulis esei PA :D
Sebarang masalah boleh dikeluarkan di bawah, terima kasih ya :P
Jangan lupa Follow saya dan Share!
Terima Kasih!
*Hanya untuk tujuan pembelajaran
Harap dapat bantu adik-adik form six dalam menulis esei PA :D
Sebarang masalah boleh dikeluarkan di bawah, terima kasih ya :P
Jangan lupa Follow saya dan Share! Terima Kasih!
*Hanya untuk tujuan pembelajaran
i love men
ReplyDelete\
i love men
ReplyDelete\
Please help me
ReplyDeletehttps://bayanlarsitesi.com/
ReplyDeleteGöktürk
Yenidoğan
Şemsipaşa
Çağlayan
M8H0EW
7C3A6
ReplyDeleteLikee App Beğeni Satın Al
Binance Referans Kodu
Trovo Takipçi Hilesi
Big Wolf Coin Hangi Borsada
Pinterest Takipçi Satın Al
Binance Hangi Ülkenin
Bitcoin Para Kazanma
Likee App Takipçi Hilesi
Youtube Beğeni Hilesi
D5546
ReplyDeletequickswap
pancakeswap
thorchain
dappradar
yearn finance
uniswap
layerzero
shapeshift
satoshivm
retgrehgyyrtthtfjngynj
ReplyDeleteشركة تسليك مجاري بالقطيف
RFHGTF
ReplyDeleteمكافحة النمل الابيض