Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, berkemahiran dan berpengetahuan, kreatif dan inovatif, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi merealisasikan hasrat tersebut. Huraikan.
Skema: 5+0
KK: Langkah
Pihak: Kerajaan
Tema: Pembangunan modal insan
Langkah-Langkah Yang Dijalankan oleh Kerjaan
1) Memperkasa pendidikan awal
- Kadar kemasukan pelajar ke prasekolah ditingkatkan dengan sasaran 72% menjelang akhir tahun 2011
- Kelas ditambah sebanyak 1700 buah
- Pemantapan kurikulum prasekolah
- Pelantikan 800 orang guru prasekolah lepasan ijazah
2) Memperluas akses kepada pendidikan berkualiti
- Menaiktaraf taraf sekolah, asrama, kemudahan, peralatan
- Memartabatkan profesion perguruan
- Sekolah cemerlang dalam semua bidang diberi ganjaran
- Yuran sekolah dimansuhkan
- Bantuan persekolahan RM 100 bagi seorang pelajar drp tingkatan 1 hingga tingkatan 5
3) Mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional
- Kerajaan memberi penekanan kepada pendidikan teknikal dan vokasional seperti yang dilaksanakan di negara maju
- Pendidikan teknik dan vokasional menyediakan prospek kerjaya yang baik
- Jabatan Pembangunan Kemahiran mengeluarkan sijil yang diiktiraf bagi kemasukan dalam perkhidmatan awam dan institusi pendidikan tinggi
4) Memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah
- Semua sekolah diberi bantuan
- Kerajaan sediakan biasiswa kepada guru-guru yang melanjutkan pelajaran
Memantapkan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar
- Kerajaan mengambil penutur jati seramai 375 orang guru dari United Kingdom dan Australia untuk mempertingkatkan pengajaran bahasa Inggeris
- Kerajaan menubuhkan Sekolah Berprestasi Tinggi untuk membolehkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam aspek pendidikan
5) Memperkasa pengajian tinggi
- Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75% bagi universiti penyelidikan dan 60% bagi universiti tempatan yang lain.
- Para pensyarah berpeluang menikmati kenaikan pangkat IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus 111, 11 dan 1 serta dianugerahkan jawatan Profesor Ulung
6) Mempergiat program latihan dan kemahiran
- Kerajaan sediakan dana bagi mempergiat “Program Industrial Skill Enhancement” di Pusat Latihan Kemahiran Negeri
- Tujuan untuk meningkatkan kemahiran graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal selaras dengan keperluan pasaran
- Graduan jurusan lain kembangkan kompetensi dan kebolehpasaran melalui Pembangunan Sukan, keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Harap dapat bantu adik-adik form six dalam menulis esei PA :D
Sebarang masalah boleh dikeluarkan di bawah, terima kasih ya :P
Jangan lupa follow saya dan share.
Terima Kasih!
*Hanya untuk tujuan pembelajaran
No comments:
Post a Comment
欢迎留言你的意见与看法!
If got any questions, please leave your comments below