Thursday 6 February 2020

Apakah Komponen Sistem Pengurusan Pangkalan Data(DBMS)?

- Kamus data mengandungi senarai semua fail dalam pangkalan data, bilangan rekod dalam setiap fail, nama dan jenis setiap mcdan.
- Kebanyakan DBMS menyimpan kamus data secara tersembunyi daripada pengguna
untuk menghalang pengguna daripada sengaja memusnahkan kandungannya.
- Kamus Data tidak mengandungi scbarang data sebenar dari pangkalan data, ianya hanya
menyimpan maklumat untuk menguruskan pangkalan data.

Bahasa Pengolahan Data (DML)
- Salah satu bahasa pangkalan data.
- DML digunakan untuk mengakses dan mengemas kini data yang sedia ada dalam pangkalan data.
- DML digunakan untuk membentuk skema pangkalan data yang membolehkannya
mencipta, mengemaskini atau memadam skema pangkalan data.
- DML menyediakan operasi yang akan digunakan dalam memanipulasi data dalam
pangkalan data.
- Dua jenis DML

Bahasa Prosedural
Bahasa Bukan Prosedural
- Bahasa di mana pengguna perlu mengenalpasti data yang diperlukan dan bagaimana data boleh diakses
- Contoh: COBOL, Pascal, C etc.
- Bahasa di mana pengguna hanya perlu mengetahui data yang diperlukan untuk dikemas kini.
- Bukan prosedural menggunakan bahasa generasi keempat seperti SQL (Bahasa Pertanyaan Berstruktur).

Bahasa Takrif Data (DDL)
- Salah satu bahasa pangkalan data.
- DDL adalah bahasa yang membolehkan pentadbir pangkalan data atau pengguna untuk
menentukan dan mewujudkan entiti dan hubungan yang diperlukan dalam pangkalan data.
- DDL digunakan untuk menentukan struktur pangkalan data dan tidak boleh digunakan
untuk memanipulasi data.
- Bahasa ini membolehkan pengurus pangkalan data atau pengguna untuk menjelaskan dan
menamakan cntiti yang diperlukan, dan hubungan antara entiti.

For English Version,

Kalau mempunyai apa2 masalah dan soalan, boleh komen dekat bawah!
Jangan lupa follow saya dan share! Terima Kasih!

No comments:

Post a Comment

欢迎留言你的意见与看法!
If got any questions, please leave your comments below